LATAR BELAKANG DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) diwujudkan mulai tahun 2008 atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 

 

Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan ini dibuat berdasarkan kelayakan individu yang dicalonkan yang bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangun dan memajukan Wilayah ini dalam pelbagai bidang, termasuk mereka yang bukan bermastautin tetapi turut memberi sumbangan dan khidmat kepada Wilayah Persekutuan.

 

Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikenali sebagai keluarga DARJAH YANG MULIA MAHKOTA WILAYAH terdiri daripada susunan keutamaan serta gelaran seperti berikut:

 

  1. Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk Seri Utama
  2. Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk Seri
  3. Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk
  4. Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.)
  5. Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.)
  6. Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.)
  7. Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)